Biografi Choong Ewe Beng

Ewe Beng, juga dikenali sebagai Eddy, merupakan seorang berketurunan Cina Malaysia yang dilahirkan pada 29 Mei 1930. Beliau merupakan anak lelaki ketiga dari keluarga yang kaya di Pulau Pinang. Bapa beliau merupakan Datuk Choong Eng Hai dan ibu beliau merupakan Datin Ho Guat Im.

Choong mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan perubatan di England pada tahun 1950-an.

Beliau telah memenangi pelbagai gelaran kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 1949 sehingga 1966. Beliau banyak memenangi ketika bergandingan bersama abangnya, David Choong, dan sepupunya, Amy Choong.

Choong pernah memenangi perseorang lelaki menerusi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England sebnayak empat kali dari 1953 sehingga 1957.[2] Beliau merupakan ahli pasukan lelaki Tanah Melayu dalam Piala Thomas yang telah memenangi kejuaraan pada tahun 1955 sebelum kalah kepada pasukan Indonesia pada tahun 1958. [3]

Pada 1959, Choong mengahwini Maggie Thean Sun Lin dan telah dikurniakan 4 orang anak lelaki – Finn, Lionel, Antonio dan Jorgen. Choong telah meninggal dunia pada 28 Januari 2013 di usia 82 tahun.[4][5]